Sistem CERDAS pupuk generasi celik digital


Abstract

Buat julung kalinya kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (SKSB), Klang, tercipta sistem CERDAS yang dilancarkan di Majlis Pelancaran Program Pemindahan IImu: Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa, baru-baru ini.

Sistem CERDAS atau Capaian Pantas, Perekodan Mudah dan Analisis Bacaan Sepunya merupakan sistem dibangunkan dengan matlamat melahirkan generasi cerdas maklumat bagi membantu merealisasikan aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat berilmu.

Ia berfungsi untuk membantu murid, guru dan ibu bapa merekod, menganalisis serta menyediakan laporan yang tepat serta sistematik.

Berucap di majlis pelancaran itu, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM, Profesor Amer Shakir menyatakan usaha sinergi ini akan melahirkan masyarakat yang fasih digital di samping mengurangkan jurang digital.

“Kerjasama yang baik dan strategik dengan pelbagai pihak mampu membantu mendepani jurang pendigitalan,” ujar beliau.

Amer juga menekankan penerapan nilai dan etika dalam masyarakat agar maklumat yang diperoleh dapat disebar dengan telus serta sahih.

Menurut Ketua Pustakawan UiTM, Ts Azizi Jantan, program Pemindahan Ilmu adalah usaha berterusan PTAR bagi mengasuh, mendidik dan melatih pembudayaan ilmu serta menangani kecelaruan kesahihan maklumat dalam kalangan masyarakat.

“Kecelaruan menentukan kesahihan maklumat khususnya dalam medium elektronik menjadi semakin mencabar sehinggakan jika tidak dibendung ia boleh memberi kesan negatif dalam masyarakat,” katanya.

[thumbnail of 14556.pdf] Text
14556.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (320kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 000 Computer science, information & general works > 020 Library & information sciences
Campuses: Shah Alam
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: Sinar Harian
Date: 19 July 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record