Abstract
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menyokong serta memainkan peranan menjayakan aspirasi Malaysia untuk menjadi antara 20 negara teratas dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
Bagi tujuan itu, Perdana Menteri mahu penyelidik, pembangun dan pembuat keputusan bekerjasama membangunkan teknologi terkait AI serta mengaplikasikannya secara bertanggungjawab dan beretika.
"Kita telah bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI negara dari segi membina pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, termasuk membina sistem pengkomputeran 'awan' AI Malaysia sendiri.
"Pada masa sama, saya juga ingin menegaskan bahawa nilai-nilai manusia, perlindungan data dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, semuanya terkesan serta diberi makna yang baharu oleh teknologi ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Keusahawanan Dalam Pengkomputeran, Kejuruteraan dan Pendidikan Sains (InvENT 2024) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.
121314.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (287kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works 600 Technology |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 19 August 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |