Abstract
KUALA LUMPUR: Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang dalam proses semakan kurikulum baharu yang lebih dinamik seiring perkembangan industri dan teknologi terkini.
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman, berkata jika semuanya berjalan lancar, ia akan mula diperkenalkan pada pengambilan pelajar Mac tahun 2025.
Selain itu, katanya, FKPM akan memperoleh beberapa peralatan pengajian dan pembelajaran (P&P) terkini seperti "Smart Class Room" dan makmal yang dikhususkan untuk Program Komunikasi Instruksional dan Latihan yang dijangka diperoleh selewat-lewatnya Mac 2025.
"Bagi meningkatkan lagi enrolmen pelajar, pihak fakulti juga sedang dalam proses meneliti berapa syarat kemasukan baharu yang lebih luas.
"Ini bagi memberi peluang lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka di FKPM," katanya ketika ditemui di majlis pertemuan semula selepas 35 tahun 50 bekas pelajar FKPM yang sebelum ini dikenali sebagai Kajian Sebaran Am bagi sesi 1986-1989 (ketika itu Institut Teknologi MARA) di sini, petang semalam.
Mengenai pertemuan semula bekas pelajar yang dikenali sebagai budak Masscomm Last of the Reds (LOTR), Abd Rasid yang juga bekas pelajar LOTR berharap alumni daripada fakulti itu akan kembali menyumbang dan membantu fakulti dalam memastikan ia terus kekal menjadi sebuah institusi yang disegani di negara ini.
Katanya, fungsi mereka amat penting dalam perkongsian pengalaman dan maklumat dengan pihak fakulti dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang.
"Pihak pengurusan dan tenaga pengajar di fakulti amat memerlukan pandangan serta sumbangan alumni menerusi pengalaman mereka.
"Selain itu, kehadiran alumni juga penting pada hari pendaftaran pelajar baharu kerana ibu bapa lebih yakin untuk mendengar sendiri daripada alumni mengenai kejayaan mereka," katanya.
Program pertemuan semula itu dijayakan oleh barisan ahli jawatankuasa LOTR yang diketuai Jasni Wan Din, selepas melawat tingkat 13, Menara Sultan Abdul Aziz Shah di UiTM, Shah Alam yang menyimpan seribu kenangan bagi budak Masscomm.
14487.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (299kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Study and teaching 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 30 June 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |