Abstract
BAGI menggiatkan perkembangan kemahiran reka cipta, program-program pembangunan pelajar di universiti yang dilaksanakan melalui persatuan dan kelab perlu memainkan peranan yang drastik.
Dengan memulakan program secara kecil-kecilan melalui sesi perkongsian yang mudah akan menarik lebih ramai mahasiswa untuk menyertai program reka cipta dan inovasi.
Misalnya, menganjurkan pertandingan esei, siri webinar dan penubuhan persatuan inovasi dan penganjuran mini pameran dan pertandingan inovasi. Manakala, kumpulan mahasiswa yang terbaik pula dibimbing oleh mentor untuk mewakili universiti ke pertandingan peringkat dalam dan luar negara.
Kesan lain yang diperolehi adalah meningkatkan kemahiran kolaborasi dan komunikasi. Mahasiswa diajar untuk bekerja dalam kumpulan, berinteraksi dengan rakan sekerja dari pelbagai latar belakang, dan menyampaikan idea-idea mereka dengan jelas dan efektif. Ini bukan sahaja memperkukuhkan kemahiran interpersonal mereka tetapi juga membina keupayaan untuk bekerja dalam persekitaran yang berbilang budaya dan berkompleksiti tinggi.
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang mendorong kemahiran reka cipta dan inovasi tidak hanya memberi kesan terhadap pembangunan akademik mahasiswa tetapi juga mempengaruhi perkembangan peribadi dan profesional mereka.
Mereka belajar untuk mengatasi cabaran, menangani kegagalan dengan bijak, dan terus maju dengan idea-idea baharu walaupun berdepan dengan rintangan. Ini membentuk sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dan kecekapan dalam menangani tekanan dalam kehidupan profesional.
Kemahiran reka cipta dan inovasi adalah asas penting dalam pendidikan tinggi yang bertujuan untuk mempersiapkan mahasiswa untuk menghadapi cabaran-cabaran global.
Ia bukan sahaja membantu mereka menjadi lebih berwawasan dan kreatif tetapi juga memberi mereka kelebihan dalam mencari peluang baharu dan memimpin perubahan dalam masyarakat. Dengan melahirkan generasi yang terlatih dengan baik dalam kemahiran ini, universiti berperanan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.
14473.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (316kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 607 Education, research & related topics > Instructional Technology |
Divisions: | Administrative Office > Students Affairs Division |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 15 July 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |