Abstract
KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah diberi kepercayaan dan penghormatan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), untuk menjadi rakan strategik bagi menganjurkan program Jom Masuk U 2024 (JMU 2024) Zon Sarawak II.Program tersebut akan diadakan pada 18 hingga 19 Mei ini di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu.UTM Cawangan Sarawak, dalam kenyataannya hari ini, berkata majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, pada 18 Mei.“JMU 2024 Zon Sarawak II akan melibatkan lebih 64 peserta pempamer daripada universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Malaysia (ILKA) dari seluruh negara.“Selain itu, terdapat juga penyertaan daripada agensi lain di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seperti Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Malaysia Qualifications Agency (MQA) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.
14339.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (336kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Jom masuk U |
Subjects: | Special Collections > UiTM Campuses > Sarawak |
Campuses: | Sarawak > Samarahan 2 Campus |
Divisions: | Administrative Office > Communications Department |
Newspaper: | Suara Sarawak |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 13 May 2024 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |