Kayuhan 1,896km sempena jubli perak UiTM


Abstract

SHAH ALAM: Bagi menyambut ulang tahun ke-25 diiktiraf sebagai sebuah universiti, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan program Kayuhan Kapsul Rentas Cawangan Sempena 25 Tahun UiTM, yang bermula hari ini sehingga 2 Julai ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros berkata, kayuhan tersebut akan disertai oleh 16 orang pengayuh yang terdiri daripada staf akademik, pentadbiran dan pelajar akan menjelajah 12 buah kampus cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Ia melibatkan kayuhan sejauh 1,896 kilometer (km) ke 11 buah negeri. Apa yang menarik adalah kayuhan ini akan turut disertai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Tuanku Syed Faizuddin dijangka menyertai kayuhan pada 29 Jun di UiTM Kampus Arau, Perlis manakala Tengku Amir Shah akan berkayuh pada 2 Julai pada laluan terakhir, iaitu dari UiTM Puncak Alam ke UiTM Shah Alam,” katanya pada pelancaran kayuhan tersebut di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Laluan pertama bagi hari ini adalah bermula daripada UiTM Shah Alam ke UiTM Kampus Kuala Pilah, dengan jarak perjalanan lebih kurang 141km yang diketuai Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Shahrin @ Sahib Sahibuddin.

Kata Raduan, pasukan pengayuh akan membawa sebuah kapsul yang akan diisi dengan kertas yang mengandungi hasrat dan impian warga kerja UiTM di 12 buah kampus, mengenai harapan mereka terhadap UiTM bagi tempoh 25 tahun akan datang.

“Kapsul ini dipahatkan di dalam sebuah monumen yang akan dibina di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam sebagai simbolik kepada sambutan Malam Gala Sambutan 25 Tahun 25 UiTM pada 24 Ogos nanti.

“Selain itu, setiap kampus akan menanam 25 batang pelbagai anak pokok bagi menunjukkan bahawa UiTM menyokong agenda kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

[thumbnail of 14295.pdf] Text
14295.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (353kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 20 June 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record