RUU Pindaan Akta 50 selesaikan kemelut parallel pathway


Abstract

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) yang dijangka dibentangkan akhir minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat akan menyelesaikan isu program laluan selari (parallel pathway) dalam bidang kardiotorasik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, RUU yang akan dibahas di akhir minggu keempat di sidang Dewan Rakyat itu akan menyelesaikan kemelut dihadapi berkaitan program Sarjana Perubatan.

Menurut beliau, buat masa ini terdapat 120 program Sarjana Perubatan yang ditawarkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan manakala 14 bidang kepakaran yang mengendalikan bidang kepakaran parallel pathway.

“Pada masa ini terdapat seramai 6,933 pegawai perubatan yang mendapat tajaan untuk menjalani latihan kepakaran perubatan yang mana 6,142 pegawai perubatan menjalani program perubatan Sarjana Perubatan dan 791 pegawai perubatan menjalani latihan kepakaran parallel pathway.

“Selain itu, terdapat seramai 2,672 pegawai perubatan yang sedang menjalani latihan kepakaran parallel pathway tanpa tajaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi soalan Datuk Ahmad Yunus bin Hairi (PN-Kuala Langat) berhubung perbezaan program latihan kepakaran universiti tempatan dan program latihan kepakaran luar negara (parallel pathway) secara umum dan khusus bagi bidang kardiotorasik dan berapa anggaran kos yang dibelanjakan untuk latihan kepakaran tajaan kerajaan.

[thumbnail of 14292.pdf] Text
14292.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (378kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Public policy issues in education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 27 June 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record