Abstract
SHAH ALAM: Semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, negara, fahaman dan kepakaran perlu terlibat dalam membincangkan serta menangani isu alam sekitar supaya dapat merakyatkan hal tersebut untuk difahami secara bersama.
Ruang perbincangan perlulah dibuka untuk mengingatkan diri kita tidak terpisah daripada alam sekitar sebaliknya menjadi sebahagian dan memerlukannya untuk meneruskan kehidupan ke generasi seterusnya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, semua pihak perlu bekerjasama menyelesaikan isu alam sekitar dan mengambil pengajaran daripada kepupusan dinasor jutaan tahun dahulu yang disebabkan oleh perubahan suhu akibat hentaman asteroid.
“Kita yang buat (kemusnahan alam sekitar), lepas itu kita yang pupus dan planet tak perlukan kita. Kalau kita tiada, ia (bumi) akan terus wujud, tetapi kita perlukan planet ini untuk mandiri. Kita tak boleh pergi ke tempat lain.
“Jadi, marilah kita sama-sama anda mahasiswa fikir lebih jauh lagi, majoriti besar hendak berkeluarga dan sebagainya, fikirkan bagaimana bukan sahaja negara, tetapi planet yang kita hendak tinggalkan kepada anak cucu,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Antarabangsa Islamic Green Sustainable Development (IGREENDEV) 2024, hari ini.
Dalam program tersebut, beliau turut melancarkan Pusat Islamic Matlamat Pembangunan Mampan (i-SDG) yang merupakan langkah memperkasakan peranan Islam sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat dan matlamat murni SDG.
Nik Nazmi menyatakan, beliau berharap pusat i-SDG menjadi pemangkin kepada pusat kecemerlangan yang membuka ruang dialog kepada mereka daripada latar belakang berbeza kerana isu alam sekitar merupakan masalah yang dihadapi bersama.
Tambahnya, mahasiswa daripada pelbagai latar belakang bidang pengajian juga perlu terlibat memahami cabaran yang dihadapi pada era ini.
Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Shahrin Sahib @ Sahibuddin memberitahu, penjagaan alam sekitar merupakan amanah yang perlu ditanggung selaras dengan ‘maqasid syariah’.
“Dalam Al-Quran disebut beberapa kali berkaitan alam, ini, dekan kata 50 kali. Cuma saya lupa hendak tanya ayat ke berapa, Allah sebut…ayat kesebelas surah al-Baqarah. Belum jauh (dalam al-Quran) Allah sudah sebut jangan dirosakkan muka bumi ini.
“Jadi, kalau tidak ada yang lebih daripada penekanan…kalau kawan-kawan tanya kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) yang menganjurkan persidangan, kerana tuntutan dalam menjaga alam, manusia sebagai khalifah sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar dan harus ditanggung oleh kita,” ujarnya. – UTUSAN
14275.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (407kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 500 Science > 580 Plants |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 26 June 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |