Memantapkan peranan, manfaat kerjasama universiti awam dan pemain industri


Abstract

PEMETERAIAN perjanjian persefahaman melalui Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian (MoA) secara asasnya merupakan anjakan paradigma yang bakal mendatangkan kebaikan dan hasil yang positf terhadap kedua-dua belah pihak. Mereka terlibat dalam jaringan dan jalinan kerjasama yang diwujudkan baik dari jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Antara perjanjian persefahaman yang boleh dijalankan adalah: pengembangan kokurikulum yang berteraskan industri, kerjasama penyelidikan dan inovasi, peluang pendidikan dan latihan, perkongsian maklumat dan teknologi serta penyediaan tenaga kerja yang berkualiti oleh pihak universiti. Secara kolektifnya, persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak terlibat akan mensasarkan kepada objektif dan matlamat tertentu yang dizahirkn berdasarkan kepada perancangan dan pelaksanaan dalam tempoh waktu yang telah dipersetujui bersama. Melihat dari sudut pandang pemeteraian perjanjian kesefahaman melalui jalinan kerjasama di antara universiti awam (UA) dan para pemain industri. Secara spesifiknya, ia adalah merupakan ‘langkah pertamaʼ bagi mencipta ruang bagi mewujudkan peluang penyelidikan yang bercirikan komprehensif.

[thumbnail of 14247.pdf] Text
14247.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (288kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record