Abstract
POLA kehidupan telah mengalami perubahan yang mendadak ekoran pandemic COVID-19 yang di luar kawalan dan jangkaan kita. Kemelut kesihatan ini telah melumpuh kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan yang mengakibatkan semua aktiviti, terutamanya aktiviti ekonomi, terpaksa ditangguhkan. Kehidupan di era pandemik ternyata amat mencabar khususnya dari segi kewangan. Ramai yang hilang pekerjaan. Demi kelangsungan hidup, terpaksalah mereka yang terkesan melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang mampu dan tidak kurang pula yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan sementara menunggu keadaan pulih sepenuhnya. Beruntunglah bagi mereka yang melakukan penabungan yang boleh digunakan bagi tujuan kecemasan. Malangnya sekira sebaliknya, terpaksalah golongan ini meminjam dari saudara mara dan sahabat handai, itu pun seandainya mereka ada lebihan tabungan dan sudi memberi pinjaman. Tekanan hidup bagi puluhan ribu rakyat Malaysia sekali lagi meruncing dengan kejadian banjir besar yang di luar jangkaan di penghujung tahun 2021 yang sekali gus memberi kesan negatif kepada proses pemulihan ekonomi. Kerugian harta benda isi rumah pastinya menambahkan lagi keperitan yang sedia ada.
14244.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (362kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 25 April 2022 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |