Abstract
SHAH ALAM: Platform yang menjadi pusat penerangan berkenaan fungsi dan peranan institusi diraja, Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) di bawah Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa akan ditutup.
Dakwaan sedemikian timbul apabila tiada lantikan baharu dibuat selepas penyandang terakhirnya Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz meninggalkan institusi itu selepas tempoh perkhidmatannya tamat dua tahun lalu.
Sebahagian besar kakitangan KIRRM didakwa dipindahkan ke unit-unit lain sebagai langkah awal yang dikatakan sebagai pengecilan institusi yang ditubuhkan pada Julai 2018 itu sebelum ia dikatakan ditutup.
Satu sumber mendedahkan, perubahan tersebut dikatakan dibuat secara silo tanpa pengetahuan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang sebelum ini dilibatkan dalam penubuhan kursi berkenaan.
Menurutnya, KIRRM sebelum ini memainkan peranan penting sebagai institusi menyebarkan maklumat melalui pelbagai program termasuk seminar untuk memartabatkan dan memperkasakan institusi diraja negara ini.
“KIRRM memainkan peranan penting dalam menerangkan kepentingan dan peranan institusi raja-raja Melayu, malah penyandang terakhirnya melalui KIRRM memberikan sumbangan besar kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
“Hal tersebut dapat dilihat beliau sebagai penyandang kursi kerap dipanggil untuk memberikan maklumat dan pandangan kepada Majlis Raja-Raja Melayu terutama ketika negara berdepan krisis perlembagaan pada 2020.
14243.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (429kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 306 Culture & institutions |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 25 June 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |