Abstract
KRISIS ekonomi global yang berlaku kesan dari pandemik COVID-19, telah merencatkan pertumbuhan ekonomi di seluruh pelosok dunia. Pendekatan bersifat countercyclical telah diambil oleh majoriti kerajaan untuk mengurangkan impak negatif krisis ini.Malaysia juga tidak terkecuali. Landskap ekonomi pasca pandemik telah disusun semula demi kelestarian kehidupan rakyat dengan keutamaan perbelanjaan kerajaan yang difokuskan kepada memulihkan ekonomi. Suntikan fiskal yang besar telah dibuat oleh kerajaan untuk merangsang semula ekonomi bagi meringankan tekanan hidup rakyat rentetan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula dari Mac 2020 sehingga sekitar November 2021. Satu Kumpulan Wang COVID-191 dengan dana awal sebanyak RM45 bilion telah ditubuhkan pada September 2020 bagi membiayai pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi untuk menangani krisis ini. Kemudiannya, menyusul pula Bajet 2022 yang dirangka berdasarkan tiga objektif utama iaitu melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian, membina semula daya tahan negara dan memangkin pembaharuan, di mana ianya telah dibentangkan pada 29 Oktober 2021. Sekitar 70.3% dari bajet perbelanjaan diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan sementara baki 22.7%pula untuk perbelanjaan pembangunan.
14240.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (379kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 330 Economics 300 Social sciences > 330 Economics > 331 Labor economics 600 Technology > 640 Home & family management 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 395 Etiquette (Manners) |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 16 May 2022 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |