Abstract
URUS NIAGA digital dalam era Revolusi Industri 4.0 tumbuh pesat sebagai kaedah transaksi yang terkini.Krisis pandemik COVID-19 telah mempercepat gelombang perubahan yang mendorong masyarakat anjak kepada norma baru iaitu mengadaptasikan pendigitalan dalam urusan membeli barangan dan perkhidmatan. Di Malaysia, situasi sebelum pandemik menunjukkan trend pembelian dalam talian kurang popular sungguhpun ramai sedar akan kewujudan platform ini. Hal ini lebih ketara bagi kategori pengguna dalam lingkungan empat puluhan ke atas yang merupakan pemegang kuasa beli yang tinggi.Mereka rata-rata masih selesa dengan urus niaga cara tradisional iaitu interaksi secara fizikal yang membenarkan mereka membuat pemilihan sekaligus penilaian ke atas barangan sebelum melakukan pembelian. Justeru, pembelian secara dalam talian kurang menarik minat para pengguna dalam lingkungan umur ini khususnya. Namun susulan dari pandemik, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan, menyaksikan peningkatan secara mendadak jumlah pembelian atas talian.
14234.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (312kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology Business 300 Social sciences > 380 Commerce, communications & transportation > 381 Commerce 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 395 Etiquette (Manners) |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 13 June 2022 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |