Abstract
KRISIS ekonomi global terus menyaksikan berbagai isu ekonomi yang bersilih ganti semacam tiada penghujungnya. Seluruh pelosok dunia hari ini terbelenggu dengan isu kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak. Para pengguna khususnya di Malaysia, tidak terkecuali. Melambungnya harga ini boleh dilihat dari dua sisi pasaran iaitu permintaan dan penawaran. Ekonomi setelah pandemik menyaksikan lonjakan yang sangat ketara dalam permintaan barangan dan perkhidmatan. Secara ilmiahnya, andai kata, pada masa yang sama, keupayaan pengeluaran agregat sudah pada tahap maksimum, peningkatan ini akan menghasilkan kenaikan harga yang diistilahkan sebagai inflasi tarikan permintaan. Antara faktor penyumbang kepada inflasi kategori ini selain dari permintaan dari isi rumah adalah peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan. Hal ini amat ketara di negara kita apabila perbelanjaan kerajaan bertambah sejak berakhirnya pandemik dengan tujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan mengembali ekonomi ke landasan pertumbuhan. Inflasi ini seringkali juga dikenali sebagai "too much money chasing too few goods".
14231.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (321kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics Business 300 Social sciences > 380 Commerce, communications & transportation > 381 Commerce |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 20 June 2022 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |