Abstract
KEMAJUAN teknologi digital menyebabkan perubahan dalam pelbagai aspek iaitu ekonomi, cara kerja, kehidupan masyarakat, pembangunan negara dan juga alam sekitar. Berteraskan Malaysia Digital Economy Blueprint, kerajaan Malaysia telah menggariskan pelan untuk memangkin dan memacu pertumbuhan Malaysia sebagai ekonomi berlandaskan teknologi digital. Usaha ini dilihat penting kerana ia bakal mengurangkan kebergantungan negara kepada dasar ekonomi sedia ada. Perkembangan positif terhadap penggunaan teknologi digital telah membolehkan pelaksanaan platform gig sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Ekonomi gig, merupakan antara istilah yang mula menular bermula sekitar tahun 2008 ekoran dari krisis kewangan global. Budaya kerja ini juga dikenali dengan istilah collaborative economy atau sharing economy. Kemunculan pelbagai platform digital yang berkaitan telah memberi ruang tambahan kepada penjanaan ekonomi rakyat Malaysia terutamanya yang terjejas sewaktu pandemik.
14225.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (340kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics 600 Technology 300 Social sciences > 380 Commerce, communications & transportation > 381 Commerce 300 Social sciences > 320 Political science > 327 International relations |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 18 July 2022 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |