Mewah benar rakyat Malaysia sehingga tidak sedar membazir


Abstract

SEBUT sahaja istilah mewah, maka tergambarlah di minda kita pada kehidupan yang serba berlebih atau ekstrem yang penuh dengan lambakan wang ringgit, banglo dan kereta mewah, perhiasan intan permata dan berbagai kemewahan lain. Tidak dinafikan itu merupakan satu ukuran kemewahan yang biasa diguna pakai secara umum. Namun, pada kupasan kali ini, fokus perbincangan dikaitkan dengan konsep mewah dari perspektif jumlah pengambilan makanan rakyat negara ini. Malaysia diibaratkan 'syurga makanan'. Rata-rata kita dapat lihat rakyat Malaysia dikelilingi dengan makanan yang pelbagai dan merentasi cita rasa masyarakat serta bangsa terutamanya pada musim perayaan. Mewahnya kita sehingga sebahagian besar makanan dibazirkan sebagaimana yang dilaporkan oleh berbagai sumber.

Edit Item Record
Edit Item Record