Abstract
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) digesa untuk memainkan peranannya sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan profesional dan teknokrat Bumiputera.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, kurang daripada 51 peratus golongan Bumiputera mempunyai kepakaran dalam bidang profesional dan teknikal.
Katanya, UiTM bukanlah calang-calang IPTA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan penubuhannya mempunyai objektif untuk melahirkan golongan profesional dan teknokrat.
"Justeru kerajaan berharap agar UiTM dapat melahirkan lebih ramai Bumiputera yang akan mengambil pengajian dalam bidang profesional dan teknikal.
"Suatu ketika dulu, UiTM mempunyai figura Tokoh Pendidikan Negara, Tun Arshad Ayub yang sangat ke hadapan dalam pendidikan vokasional dan teknikal.
"Dan saya juga harap figura ini dapat dilahirkan di dalam UiTM," katanya ketika merasmikan Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM seluruh negara, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama UiTM adalah bagi memperkasakan hala tuju UiTM selaras dengan agenda Malaysia MADANI dan penghayatan Rukun Negara.
14202.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (285kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 24 June 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |