PM serah peranti Starlink pertama kepada UiTM Kuala Pilah


Abstract

JEMPOL - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan unit peranti satelit Starlink pertama kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Peranti itu akan digunakan UiTM kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadikannya institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di negara ini yang akan mengguna pakai teknologi berkenaan.
Ia diserahkan Perdana Menteri kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi di reruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sempena Karnival Segalanya Felda Peringkat Felda Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempol, di sini pada Khamis.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan bercadang memasang 40 peranti satelit Starlink di IPT bagi membantu menaik taraf capaian Internet lebih baik di kampus.
Cadangan itu tercetus hasil persidangan video Perdana Menteri secara maya bersama Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, 14 Julai lepas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dilapor berkata, IPT diberi keutamaan oleh kerajaan selepas menerima aduan daripada pelajar hasil lawatan beliau ke beberapa buah universiti di seluruh negara.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Fahmi berkata, peranti berkenaan merupakan langkah penyelesaian sementara sebelum satu penyelesaian jangka panjang dikemukakan.
"Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan unit pertama Starlink kepada UiTM Kuala Pilah sebagai bukti konsep usaha untuk menyelesaikan masalah Internet dihadapi pelajar-pelajar di dewan kuliah.

[thumbnail of 14172.pdf] Text
14172.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (303kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record