UiTM perkasa penyelidikan berteras pembangunan lestari


Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengorak langkah menyusun strategi lebih berimpak dengan memperkenalkan rangka kecemerlangan penyelidikan yang memberi fokus kepada penyelidikan, penerbitan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan. Hal ini sejajar dengan Pelan Strategik UiTM2025 dilancarkan awal tahun ini, dengan enam bidang tujahan menjadi keutamaan, iaitu teknologi industri, teknologi siber, kesihatan dan kesejahteraan; logistik dan pengangkutan, tenaga dan alam sekitar dan kreativiti sosial dan inovasi.

Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata UiTM memperuntukkan geran dalaman RM2 juta membabitkan 116 projek kepada penyelidik untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan berteraskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Usaha ini untuk menyerlahkan peranan UiTM dalam menyahut agenda global, selaras hasrat merealisasikan sebagai universiti terkemuka dunia, menjelang 2025.

[thumbnail of 121.jpg] Image
121.jpg - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (336kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 31 July 2020
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Edit Item Record
Edit Item Record