Lima mekanisme urus hutang negara


Abstract

Malaysia be­risiko menjadi negara muflis jika gagal menangani hutang dengan baik yang saban tahun jumlahnya semakin mengembang sehinggakan nisbahnya dengan perbelanjaan tahunan kini mencecah 60:40.

Sedangkan, nisbah ideal perbandingan hutang dengan per­belanjaan sesebuah negara adalah pada kadar 40:60 sekali gus dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan hasil ekonomi yang positif.

Bagi mengawal dan mengurangkan kebergantungan negara terus berhutang bagi menampung perbelanjaan tahunan, pakar menekankan lima mekanisme penting untuk diambil perhatian oleh kerajaan sekali gus dapat membebaskan negara daripada belenggu hutang.

Lima meka­nisme tersebut adalah pungutan cukai, perbelanjaan terhadap projek mega, subsidi bersasar, meningkatkan pelaburan ­asing ke dalam negara dan pelaksana­an kadar dasar semalaman (OPR).

Keberkesa­nan hasil pungutan cukai tahunan dapat membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap pinjaman luar pada masa sama membantu melangsaikan hutang jangka pendek yang dilakukan sebelum ini.

[thumbnail of 14135.pdf] Text
14135.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (202kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record