Abstract
KUALA LUMPUR: Kecenderungan anak muda terhadap muzik K-Pop dan moden menyebabkan irama muzik tradisional seakan dipinggirkan serta kurang mendapat tempat di hati generasi baharu.
Tidak mahu irama muzik tradisional pupus mendorong syarikat Be De Paris Beauty Project menganjurkan Konsert Destiny of Music yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada 29 Jun ini.
Penganjurnya, Burhan Ahmad berkata, sebagai pencinta irama muzik tradisional, dia mahu memupuk rasa cinta di kalangan penuntut di peringkat universiti.
Tambahnya, dia turut berhasrat membawa konsert itu menjelajah ke pusat pengajian tinggi lain.
"Kalau lihat sekarang, generasi muda lebih cenderung kepada muzik K-Pop atau irama muzik moden berbanding tradisional.
"Jadi, saya mengambil inisiatif menganjurkan konsert ini supaya dapat menanam rasa cinta penuntut universiti terhadap irama tradisional.
14074.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (261kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 700 Arts & recreation > 780 Music > 781 General principles & musical forms |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 12 June 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |