Abstract
SHAH ALAM: Seramai 50 peserta menyertai Bengkel Penulisan Media bersama Berita Harian yang diadakan di Dewan Serbaguna Seroja, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini.
Bengkel julung kali diadakan anjuran Jabatan Komunikasi UiTM Shah Alam itu, disertai oleh Koordinator dan Penyelaras Komunikasi Korporat UiTM.
Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) UiTM, Profesor Dr Ismie Roha Mohamed Jais, berkata bengkel sehari itu dikelolakan oleh Penolong Pengarang Berita, Berita Harian, Hafizah Iszahanid.
Katanya, ia bertujuan meningkatkan keterampilan penulisan peserta dengan memperbaiki struktur ayat, penggunaan naratif ayat, penggunaan bahasa yang tepat dan berkemampuan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan.
"Menerusi penganjuran bengkel ini, peserta berpeluang mempelajari selok belok kemahiran penulisan yang efektif, menilai sumber yang informatif dan menggunakan data ditemui dalam sesebuah penulisan.
"Selain itu, peserta juga dapat berinteraksi bersama penceramah mengenai isu-isu semasa termasuk membabitkan media dan politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ismie Roha berkata, Bengkel Penulisan Media itu adalah platform penting untuk mengembangkan kemahiran menulis peserta khususnya dalam menulis rencana yang relevan dengan cabaran dunia masa kini, termasuklah cabaran yang dibawa oleh Kecerdasan Buatan (AI).
"Program ini amat penting kepada peserta bagi meluaskan ilmu pengetahuan dalam aspek penulisan dan dapat meningkatkan visibiliti UiTM di peringkat antarabangsa," katanya.
14073.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (238kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works > 070 News media, journalism & publishing |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Administrative Office > Communications Department |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 12 June 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |