Universiti awam, swasta disaran tingkat kemudahan akses OKU


Abstract

SHAH ALAM: Universiti awam (UA) dan swasta disaran meningkatkan pengurusan dan kemudahan kepada warga Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi masing-masing sebagai inisiatif membuka peluang pendidikan lebih luas kepada golongan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara perlu peka dengan keperluan khas OKU selain menambah baik kemudahan mesra golongan itu di tempat masing-masing.

Menurutnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu dijadikan contoh apabila mewujudkan prosedur Kembali ke Universiti (R2U) yang menunjukkan komitmen universiti itu bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mewujudkan ekosistem inklusif.

“Prosedur R2U UiTM bertepatan dengan Landasan ke-20 dalam Hala Tuju KPT 2024 yang menekankan agar sektor pendidikan tinggi negara perlu inklusif dan terbuka kepada semua termasuk OKU merangkumi mahasiswa, pensyarah dan juga kakitangan di IPT.

“Inisiatif itu selaras dengan enam Nilai Teras Malaysia Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Justeru, semua IPT disarankan peka terhadap keperluan khas OKU,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pensijilan Pengurusan Profesional Orang Kurang Upaya (OKU) (CDMP).

Dalam majlis tersebut, beliau menyaksikan pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record (MBOR) kepada UiTM terhadap inisiatif menyalin 250 buah buku berbentuk digital ke dalam bentuk braille.

Jelas Mustapha, ia merupakan pencapaian yang baik yang membolehkan khususnya golongan OKU terutama bagi mahasiswa dan warga universiti itu mendapat akses kepada gedung ilmu.

“Maknanya pembangunan digitalisasi di UiTM tidak meminggirkan OKU, memang itu hasrat kita dan itu saya fikir amat baik dan dipelopori UiTM, kita harap itu akan dicontohi oleh universiti lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan UiTM dilihat sebagai kehadapan apabila bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang boleh dijadikan panduan dalam penjagaan golongan OKU di universiti itu.

“Saya fikir itu adalah satu milestone kepada UiTM yang memang kita tahu ke hadapan dalam menjaga dan melindungi golongan rentan. Memang penubuhan UiTM itu untuk golongan B40 dan kali ini ada milestone juga kepada UiTM kerana melindungi OKU yang berada di UiTM.

“Jadi, saya berharap universiti-universiti lain juga sama ada awam dan swasta dapat mencontohi UiTM dalam isu OKU,” katanya. – UTUSAN

[thumbnail of 14027.pdf] Text
14027.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (362kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 10 June 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record