Abstract
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegur syarikat pemegang pelaburan milik penuh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan beberapa anak syarikat universiti berkenaan kerana belum mencapai objektif asal termasuk mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM.
Selain itu, UiTM Holdings dan anak-anak syarikat juga ditegur kerana didapati belum mencipta peluang pelaburan dan meningkatkan kedudukan strategik perniagaan teras syarikat.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata dapatan itu terkandung dalam lima rumusan berdasarkan prosiding yang dijalankan pihaknya pada 6 Disember tahun lalu.
Mengulas lanjut rumusan lain yang digariskan pihaknya, beliau berkata PAC mendapati UiTM gagal mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan yang tidak selaras dengan peruntukan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173).
Jelasnya, ia sekali gus menyebabkan pengambialihan UiTM Private Education Sdn Bhd (UPESB) dan UiTM Technoventure Sdn Bhd (UTVSB) bertentangan dengan akta.
Pada masa sama, katanya PAC mengesan suntikan modal berjumlah RM259.98 juta oleh UiTM daripada 2007 hingga 2018 tanpa kelulusan Menteri Kewangan bagi tujuan pemilihan saham dalam UiTM Holdings tidak selaras dengan kehendak Akta 173.
14020.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (398kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education 300 Social sciences > 370 Education > Public policy issues in education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 18 March 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |