Abstract
PENYAKIT mental membabitkan golongan remaja menjadi isu yang semakin hangat dibincangkan. Malah Persekutuan Dunia bagi Kesihatan Mental sangat serius mempromosikan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja sejak 2018.
Memasuki tahun ketiga pasca Covid-19, isu kesihatan mental terus membelenggu masyarakat dengan lonjakan kes-kes kemurungan dan yang berkaitan.
Golongan remaja dilihat sedaya upaya untuk cuba meniru cara hidup yang sering dipertontonkan oleh pempengaruh media sosial sehingga adakalanya membebankan diri sendiri. Mereka kini tidak lagi hidup dengan mengukur baju di badan sendiri bahkan lebih kepada cuba menjadi insan lain daripada yang lain dalam masyarakat media sosial.
Kementerian Kesihatan merekodkan seramai 424,000 remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah mental pada 2020.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pula merekodkan 12.3 peratus remaja pada usia 10 hingga 17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
Semua pihak harus menggembleng tenaga dan berusaha keras bagi memulihkan kembali tahap kesihatan mental masyarakat terutama golongan remaja. Ujian mental perlu dilakukan seawal usia 12 tahun bagi mengesan penyakit itu lebih awal.
13940.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (279kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 100 Philosophy & psychology 300 Social sciences |
Campuses: | Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 9 September 2023 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |