Abstract
AYER KEROH: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mahu semua pihak memahami fakta sebenar tujuan asal penubuhan universiti itu sebelum membuat sebarangan kenyataan.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata kenyataan yang dibuat tanpa merujuk fakta sebenar akan menimbulkan pelbagai andaian, sekali gus meruntuhkan imej institusi pendidikan Bumiputera terbesar di Malaysia itu.
"Antara budaya ilmu orang Melayu, (contohnya) dalam budaya pantun, pertama kena fikir pembayang dan kemudian maksud dan ia perlu saling berkait serta jelas. Begitu juga, jika seseorang yang hendak mengeluarkan kenyataan, mereka perlu fikir dahulu sebelum bercakap (sesuatu perkara).
"Kita tidak boleh lari daripada asas utama di UiTM (yang dikaitkan) dengan Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan.
"Mereka yang tidak bertanggungjawab pasti akan cuba mencapai satu matlamat yang memenuhi keperluan mereka sebab setiap daripada kita mempunyai agenda berbeza, tetapi bagi kami di UiTM, jelas fungsi kami sebagai sebuah universiti adalah untuk mendidik anak bangsa," katanya.
Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda MADANI, sempena Konvensyen MADANI Melaka 2024, di sini, hari ini.
13923.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (308kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 24 May 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |