Kabinet bincang isu parallel pathway Rabu ini


Abstract

KUALA LUMPUR: Isu berhubung Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘parallel pathway’ akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Perdana Menteri ditanya sama ada Kabinet sudah memutuskan cara untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Kita akan bincang pada Rabu dalam mesyuarat Kabinet,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal Madani di sini hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program `parallel pathway’ dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Cadangan itu menerima kritikan pelbagai pihak termasuk mahasiswa UiTM termasuk alumni kerana menegaskan universiti itu hanya untuk bumiputera seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

[thumbnail of 13922.pdf] Text
13922.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (252kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Public policy issues in education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 26 May 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record