IJN, UM, UiTM dicadang wujud program bersama


Abstract

SHAH ALAM: Universiti Tekno­logi Mara (UiTM) bersama Institut Jantung Negara (IJN) disaran membentuk kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) bagi menyelesaikan isu tujuh pengamal perubatan yang didakwa ‘terkandas’ selepas program parallel pathway kardiotorasik mereka tidak diiktiraf.

Kerjasama tersebut melibatkan proses pembelajaran sedia ada selain menyediakan persiapan menubuhkan program kepakaran pembedahan kardiotorasik IJN di UM dan mendapat kelulusan daripada badan pengiktirafan dalam negara termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Ini kerana, program sedia ada, Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotorasik UiTM – IJN mempunyai tenaga pakar membabitkan tiga pengajar berstatus profesor penuh dan dua profesor madya selain 11 profesor adjung dari IJN dan seorang profesor pelawat antarabangsa dari Monash University, Melbourne dalam bidang tersebut.

Kaedah itu dicadang sebagai penyelesaian awal bagi membantu pengamal perubatan itu mendapat pengiktirafan dengan menjalani latihan kepakaran dan memenuhi keperluan pakar perubatan kardiotorasik di negara ini.
Bekas Pengerusi UiTM, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Shah Abu Shah berkata, dalam isu tersebut, UiTM perlu kekal dengan dasarnya untuk Melayu dan bumiputera tetapi tidak bermaksud tidak boleh membantu institusi atau universiti lain menjalankan program tersebut.

Menurut beliau, UiTM sebelum ini terlibat membantu UM untuk menyediakan dokumentasi untuk mendapat kelulusan memulakan program sama di UM.

“Selepas mendapat kelulusan, ia dirancang berjalan bersama di bawah pengawasan ‘board of studies’ yang sama, serta hanya satu sekretariat kerja yang terdiri daripada semua pihak dari IJN, UM dan UiTM.

[thumbnail of 13920.pdf] Text
13920.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (423kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 27 May 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record