Abstract
RAKYAT Malaysia dan makanan tidak boleh dipisahkan. Kedai makan seperti restoran mamak yang umumnya dibuka 24 jam sentiasa penuh dengan pengunjung dari pagi hingga malam.
Tambahan lagi, di Malaysia terdapat kepelbagaian menu makanan yang tidak hanya didominasi oleh tiga majoriti bangsa iaitu Melayu, Cina mahupun India, bahkan pelbagai makanan etnik peribumi Sabah dan juga Sarawak.
Setiap kaum dan bangsa mempunyai makanan tersendiri yang secara tidak langsung menghasilkan menu yang kaya dan unik.
Jadi tiada keganjilan sekiranya Malaysia di beri jolokan status 'syurga makanan' disebabkan gelagat pemakanan rakyat negara ini yang mewah dan luar biasa.
Namun, dari satu perspektif lain, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kebanyakan bahan yang diguna pakai dalam penyediaan makanan bukan dari keluaran tempatan.
Sebagai contoh, kelapa digunakan bagi mendapatkan santan, diimport dengan nilai RM266.1 juta (2020) untuk memenuhi permintaan domestik. Sementara sayuran dan hasil ternakan diimport dari negara Afrika, Australia, India, Thailand dan China.
Menurut laporan, secara keseluruhan Malaysia mengimport lebih RM55 bilion makanan dari negara luar berbanding hanya RM39 bilion makanan negara yang dieksport.
Ini bererti nilai eksport bersih makanan dalam keadaan defisit. Situasi ini sangat membimbangkan dan sekaligus menunjukkan kedudukan negara yang sangat rapuh andai kata berlaku gangguan ke atas rangkaian bekalan makanan berkaitan.
13914.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (313kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 660 Chemical engineering > 664 Food technology 600 Technology > 670 Manufacturing Business 300 Social sciences > 380 Commerce, communications & transportation > 381 Commerce |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 22 August 2022 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |