Abstract
RAMAI yang ingin tahu hubung kait antara mata wang asing dan prestasi ekonomi negara kerana rata-rata rakyat bercerita hal ini apabila berlaku kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Rakyat Malaysia risau dan tertanya-tanya bagaimana nilai matawang ringgit yang rendah boleh mempengaruhi taraf kehidupan rakyat.
Satu penjelasan ringkas terhadap situasi yang menyebabkan ringgit jatuh baru-baru ini adalah kerana berlakunya pengukuhan dolar AS. Tindakan negara tersebut menaikkan kadar faedah mengakibatkan penyusutan nilai matawang asing termasuk ringgit Malaysia.
Kadar faedah yang tinggi di AS telah menjadi faktor tarikan kepada pelabur asing untuk memindahkan aset pelaburan mereka kepada negara yang memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
Kadar pertukaran mata wang dapat didefinisikan sebagai harga sesuatu matawang berbanding matawang asing negara lain.
Dengan lain kata, ia merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur kebanyakan matawang negara lain.
13913.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (391kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics 300 Social sciences > 320 Political science > 327 International relations |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 21 February 2023 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |