Dunia baharu sektor informal


Abstract

SUMBANGAN guna tenaga dalam sektor informal terhadap pasaran buruh negara adalah penting dan tidak boleh dipandang ringan.

Sektor informal dapat didefinisikan secara umum sebagai entiti yang terlibat dengan pengeluaran barangan atau perkhidmatan dengan objektif utama mencipta pekerjaan dan menjana pendapatan.

Kriteria utama sektor informal adalah pertubuhan tidak berdaftar dengan mana-mana agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), badan profesional dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 1,383,084 individu atau peniaga dari sektor informal dan industri mikro telah direkodkan pada tahun 2021.

Landskap sektor kerja termasuk sektor informal kini turut terkesan apabila teknologi digital digunakan secara meluas. Penguasaan teknologi pendigitalan memberikan satu nafas baharu kepada usahawan untuk turut serta dalam arus perdana.

Krisis COVID-19 juga telah menjadikan dunia digital lebih pesat diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat. Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan penggunaan internet meningkat dengan ketara bagi perkhidmatan berkaitan e- Pembelajaran, e-Kesihatan, e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Hiburan pada 2020 impak daripada pandemik COVID-19.

Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan kesegeraan untuk mengguna pakai serta mentransformasi struktur industri dan model perniagaan dengan nilai baharu melalui model perniagaan platform digital.

[thumbnail of 13881.pdf] Text
13881.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (388kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record