Abstract
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa peranan Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh diubah sekiranya terdapat keadaan yang mendesak.
Namun, bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak menjelaskan lanjut keadaan apa yang membolehkan peranan UiTM diubah.
Reaksi itu adalah pandangannya berhubung pihak yang mencadangkan UiTM memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kendalian universiti itu kepada doktor pelatih bukan Bumiputera.
Oleh itu, katanya ketika ini peranan UiTM perlu dikekalkan khususnya membabitkan kemasukan pelajar Bumiputera saja ke universiti terbabit.
"Kalau kita bina atau tubuhkan satu-satu badan bagi sesuatu tujuan, kekalkanlah.
"Ada masanya kita boleh ubah kalau kita perlu ubah.
"Tetapi pada masa ini nampaknya keadaan tidak mengizinkan. Jadi kita teruskanlah dengan tujuan asal, " katanya selepas Majlis Pelancaran Buku bertajuk Ku Li : Memoir 205 di sini, hari ini.
Baru-baru ini, ada yang mencadangkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera, malah anggota Lembaga Parallel Pathway UiTM- Institut Jantung Negara (IJN), Raja Amin Raja Mokhtar, berkata UiTM bersetuju membuka laluan 'sementara' kepada pelatih bukan Bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang pembedahan kardiotoraks di universiti berkenaan.
Difahamkan UiTM satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks.
Selain itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut memohon agar UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.
Sususlan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Sri Dr Zambry Abd Kadir, menegaskan tiada perbincangan mengenai kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM sama ada di peringkat kementerian mahupun Kabinet.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, juga menegaskan bahawa pengambilan sedia ada adalah kekal dan tiada perbincangan di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Universiti berhubung kemasukan pelajar bukan Melayu ke universiti itu.
13879.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (279kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 21 May 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |