Terimalah media sosial sebagai budaya zaman digital


Abstract

SAUDARA PENGARANG,
PADA zaman dahulu, anak-anak mempelajari budaya dan peradaban daripada orang tua. Segala adab, adat dan keperibadian berdasarkan perlakuan yang dipertontonkan oleh ibu bapa, datuk dan nenek serta seluruh ahli keluarga.
Berbeza dengan zaman kini, generasi muda tidak dapat berenggang daripada ‘kehidupan’ media sosial. Segala aktiviti harian akan menjadi modal untuk dimuat naik di media sosial. Mereka menggunakan apa sahaja situasi yang ada di sekeliling sebagai kandungan sehingga terpaksa mengada-adakan cerita semata-mata untuk mendapatkan kandungan untuk tontonan pengikut.
Masyarakat perlu sedar bahawa media sosial bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan merupakan budaya dan cara hidup zaman ini. Media sosial adalah platform untuk pendidikan dan pengajaran bagi menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Harus sedar dan terima hakikat dengan berlapang dada bahawa media sosial adalah sebahagian daripada budaya masyarakat.
Sebelum ini, televisyen merupakan medium yang sangat ‘berkuasa’ dalam menyebarkan berita namun dengan kehadiran media sosial, segala maklumat dapat dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan mudah dan cepat walau di mana berada. Istilah Kampung Global yang diperkenalkan oleh ahli teori Kanada, Marshall McLuhan merupakan satu realiti yang pastinya tidak dapat dinafikan lagi.
Justeru, masyarakat perlu bertanggungjawab memastikan kandungan media sosial dapat memberikan pendidikan dan pengajaran yang berkesan. Jika anda seorang guru maka gunakan media sosial untuk melaksanakan pembelajaran sementara seorang cef dapat berkongsi resepi masakan dengan memuat naik video masakannya di media sosial.
Seorang pendakwah atau ahli motivasi boleh menggunakan media sosial untuk memberi penjelasan tentang sesuatu isu dan mencadangkan cara penyelesaian terbaik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan harapan untuk melihat setiap ahli dalam Keluarga Malaysia terus memupuk sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain ketika berkomunikasi di media sosial.
Ternyata perwatakan seseorang sewaktu berinteraksi di media sosial mampu memberi impak positif dalam menjalani kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.-UTUSAN

[thumbnail of 13877.pdf] Text
13877.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (125kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
600 Technology
Campuses: Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Divisions: Faculties > Faculty of Communications & Media Studies
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 22 April 2022
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Edit Item Record
Edit Item Record