Abstract
KUALA LUMPUR: Kempen mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) memakai pakaian hitam disifatkan bukanlah satu bentuk bantahan, kata Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.
Beliau berkata, perkara berkenaan adalah sebagai antara cara mahasiswa universiti itu untuk menyatakan ekspresi serta menunjukkan jati diri mereka sebagai pelajar UiTM.
"Pertamanya bagi saya ini bukan bantahan, kerana kalau mahu bantah ini kita buat suatu keputusan. Sebenarnya tiada keputusan dibuat.
"Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri pun mengatakan ini bukan bantahan dan saya pun anggap ini ekspresi mahasiswa yang menunjukkan jati diri mereka sebagai pelajar UiTM.
"Yang mana mereka merasakan dari segi undang-undang tubuh Akta 173 1976 akta UiTM itu memanglah perkara 1 (A) menyatakan UiTM ditubuhkan atas perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang ini hangat diperdebatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara UiTM dengan Universiti Ohio.
Rabu lalu, MPP UiTM menyeru mahasiswa di universiti itu memakai pakaian hitam sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan Bumiputera.
Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan sejak semalam.
Mengulas lanjut, Shahrin berkata penubuhan UiTM adalah untuk memastikan mahasiswa kurang berkemampuan dalam kalangan Bumiputera untuk mendapat akses di pengajian tinggi.
"Kami sebulat suara menyokong agar UiTM kekal dengan objektif asal penubuhannya iaitu untuk melindungi dan memajukan mahasiswa Bumiputera sebagai benteng pertahanan keistimewaan dan kemajuan bangsa," katanya.
Terdahulu, bantahan tercetus selepas UiTM secara sementara bersetuju membuka program latihan teknikal pakar jantung parralel pathway kepada pegawai perubatan bukan Bumiputera.
UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.
13874.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (278kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Public policy issues in education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 19 May 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |