Mahasiswa boleh beri pandangan, tetapi kena berhemah, beretika


Abstract

KUALA LUMPUR: Warga universiti termasuk mahasiswa tidak dihalang mengutarakan pandangan masing-masing, namun tindakan itu perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan beretika.

Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata isu serta cadangan penambahbaikan daripada mahasiswa akan diberikan perhatian setiap pengurusan universiti.

"Bagi universiti, kita memang menghormati luahan suara atau lontaran pandangan daripada warga universiti termasuk mahasiswa. Namun, pandangan itu mesti diutarakan dengan penuh berhemah dan beretika.

"Pengurusan universiti dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mengalu-alukan sudut pandang mahasiswa," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai kewajaran tindakan universiti bersolidariti seperti kempen mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) memakai pakaian hitam bagi membantah rancangan membuka universiti itu kepada pelajar bukan Bumiputera.

[thumbnail of 13873.pdf] Text
13873.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (293kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 21 May 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record