Abstract
MAHASISWA adalah golongan yang memiliki potensi besar dalam membentuk masa depan negara dan masyarakat secara khususnya.
Ledakan teknologi maklumat masa kini telah menjadikan mahasiswa kini berdaya saing daripada aspek kemahiran digital.
Namun begitu, kemahiran digital terbabit masih perlu diselimuti dengan kemahiran insaniah yang holistik agar dapat membentuk jiwa mahasiswa yang tunduk ke bumi dan sentiasa mengaplikasikan akhlak yang mempunyai nilai-nilai Madani.
Mahasiswa kini harus melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21 iaitu komunikasi, berfikiran kritikal dan kreatif, kemampuan bekerjasama dan kebolehan membangunkan keingintahuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Kesemua ini pastinya dapat diaplikasi jika terlibat dalam aktiviti beruniform.
Bahkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti ini dapat melahirkan sifat kepimpinan altruistik iaitu memiliki ciri-ciri rendah diri, sabar, memahami, kasih sayang terhadap orang bawahan dan masyarakat di sekelilingnya.
Selain bab disiplin dan tanggungjawab, mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti ini juga mempunyai kemahiran sosial seperti komunikasi dan kolaborasi selain dapat mengurus konflik dengan baik, menyelesaikan perbezaan dan mencari penyelesaian yang adil untuk semua pihak.
Pada asasnya, penyertaan dalam badan beruniform memberi peluang kepada mahasiswa untuk lebih dekat dengan masyarakat dan memberi sumbangan sejak dari awal lagi. Keadaan ini adalah asas utama pada kepimpinan altruistik yang mana sentiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan masyarakat.
Tuntasnya, penyertaan mahasiswa dalam badan beruniform amat penting dan secara jelas mampu melatih mereka untuk menghayati nilai konsep Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menghayati segala nilai ini pastinya mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat seterusnya membina generasi yang bertamadun tinggi.-UTUSAN
NURUL NISHA MOHD. SHAH dan SITI HAJAR MOHAMAD FAIZUL
UiTM Kampus Rembau
13872.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (216kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 370 Education 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Negeri Sembilan Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 11 November 2023 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |