Benarkah Gen Z tidak minat sambung belajar? Mahu jadi Influencer


Abstract

KEPUTUSAN mengenai permohonan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah telah diumumkan oleh pihak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Hal ini telah mendapat perhatian di media sosial kerana terdapat sebilangan individu yang tidak berjaya mendapat tempat di institut pengajian tinggi walaupun keputusan yang diperoleh adalah cemerlang.

Pada masa yang sama, beberapa bulan yang lepas, terdapat berita tentang penutupan beberapa kursus di pusat pengajian tinggi disebabkan kursus sedia ada yang ditawarkan tidak lagi dilihat sebagai pilihan Gen Z.

Terdapat keperluan kursus lain yang lebih relevan di masa kini yang menjadi permintaan dan minat mereka dan perlu ditawarkan di pusat pengajian tinggi.

Ini adalah antara isu yang timbul yang perlu diberi perhatian untuk memastikan pendidikan generasi akan datang terjamin.

[thumbnail of 13853.pdf] Text
13853.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (378kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record