Abstract
SHAH ALAM: Kempen pemakaian baju hitam sebagai isyarat bantahan kepada sebarang suara dan cadangan kepada pembukaan kuota bukan bumiputera dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak melibatkan sebarang perhimpunan atau tindakan radikal.
Sebaliknya, gerakan tersebut dibuat melalui pemakaian pakaian berwarna hitam yang dilakukan mahasiswa sebagai solidariti bersama UiTM untuk mempertahankan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan bumiputera.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Amir Nur Rashid Lizam berkata, kempen tersebut dijalankan sedemikian bagi mewujudkan gelombang dan isyarat kepada mahasiswa itu sendiri dan masyarakat berkenaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta UiTM 1976 (Akta 173).
Menurutnya, beliau enggan melibatkan mahasiswa dalam perhimpunan atau sebarang tindakan yang radikal kerana percaya melalui kempen tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada sasaran.
“Sebagai mahasiswa pun kita dilatih untuk bersifat terdidik dan kita akan tengok keadaan yang bersesuaian untuk memainkan peranan.
Keputusan kempen kita buat 14 sampai 15 Mei, kenapa pakai baju hitam sebab hari ini adalah kemuncak gelombang itu berlaku dan isyarat kita sudah sampai dan beri kepada semua orang yang kita sasar iaitu masyarakat, media sosial dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), semuanya sudah sampai,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia dekat kampus UiTM Shah Alam mendapati majoriti mahasiswa menyahut seruan kempen dengan memakai pakaian berwarna hitam sebagai isyarat bantahan kepada pembukaan kuota bukan bumiputera di universiti itu.
Semalam, MPP UiTM dalam kenyataannya menyeru mahasiswa memakai pakaian berwarna hitam esok sebagai tanda membantah agenda pembukaan universiti tempatan itu kepada golongan bukan bumiputera.
Katanya, universiti tersebut perlu berpegang objektif asal penubuhannya iaitu memelihara kedudukan istimewa orang Melayu, Orang Asli dan pribumi Sabah serta Sarawak.
Malah, UiTM perlu memastikan mahasiswa bumiputera yang kurang berkemampuan mendapat akses kepada pengajian tinggi.
Dalam pada itu, Amir Nur Rashid menyatakan untuk terus memberikan reaksi balas jika terdapat sebarang tindakan sedemikian yang berterusan.
“Kami sudah tahu awal dan keluarkan kenyataan, ketika saya beritahu kita sudah dapat maklum balas daripada Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebenarnya tiada pun keputusan tersebut, tetapi perkara yang berlegar adalah daripada pihak ketiga dan pihak yang mahu memanipulasi maklumat itu.
Sebenarnya, isu buka kuota UiTM sudah lama ada, malah setiap tahun akan ada. Sebelum ini pun saya sudah banyak kali dengar, tetapi tak pernah berlaku lagi tetapi bila sampai ketika saya menjadi MPP, saya ambil keputusan untuk respon, beri satu reaksi yang jelas, UiTM tetap UiTM,” tegasnya. – UTUSAN
13821.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (399kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 16 May 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |