UiTM tegas kekal dasar Melayu, bumiputera


Abstract

SHAH ALAM: Pengambilan mahasiswa baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi dasar sedia ada iaitu Melayu dan bumiputera tetap dikekalkan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, tiada sebarang cadangan berkaitan itu dibuat dalam mesyuarat senat atau mesyuarat eksekutif universiti (MEU).

“Saya selaku Naib Canselor UiTM dan Pengerusi Senat, ingin menyatakan bahawa tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar ini dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.

“Pendirian ini adalah sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, yang turut menekankan komitmen kerajaan terhadap objektif asal penubuhan UiTM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya UiTM akan terus berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 yang menyatakan universiti itu ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami akan terus menjalankan misi dan visi institusi ini untuk memperkasakan bumiputera,” tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan UiTM melaksanakan tanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan tinggi pada fokusnya iaitu Melayu dan bumiputera dalam program-program perdananya dari peringkat pra-diploma hingga siswazah.

Malah, universiti dengan 34 cawangan itu mengambil inisiatif menawarkan latihan dan pengajian untuk memenuhi keperluan terhadap pembangunan tenaga pakar dalam pelbagai bidang kritikal seperti perubatan dan profesional di negara ini.

Bagaimanapun, UiTM menawarkan kursus-kursus sedemikian kepada Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Akta UiTM 1956 (Akta 173) untuk melahirkan pakar dan profesional dalam kalangan kumpulan itu.

Dalam pada itu, Shahrin menyeru semua mahasiswa untuk fokus kepada pelajaran dan menggunakan sebaiknya peluang berada di universiti untuk menimba ilmu dengan bijak sebagai persiapan menghadapi masa depan yang mencabar.

“Inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa: untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, serta membuktikan cinta kepada agama, bangsa, dan tanah air.

“UiTM komited untuk terus menjadi institusi pendidikan tinggi yang memartabatkan bumiputera melalui peluang pendidikan berkualiti, sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

[thumbnail of 13820.pdf] Text
13820.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (372kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 16 May 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record