MPP UiTM tarik nafas lega dengan kenyataan tegas KPT


Abstract

SHAH ALAM: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menarik nafas lega dengan kenyataan tegas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung isu membuka universiti itu kepada pelajar bukan Bumiputera.

Yang Dipertua MPP UiTM, Amir Nur Rashid berkata penegasan yang dibuat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang memaklumkan tiada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan itu juga adalah titik noktah kepada isu berkenaan.

"Semalam, pihak KPT iaitu Menteri dan Naib Canselor ada keluarkan kenyataan yang mana ia adalah satu bentuk jaminan yang kami di pihak MPP tunggu kerana ia boleh meletakkan 'full stop' kepada semua perkara.

"Isu ini (berlarutan) dari awal Mei sampai sekarang dan (dengan) kenyataan itu, saya ingin berterima kasih kepada Menteri dan Naib Canselor kerana bagi saya itu lah 'full stop' kepada isu ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kempen memakai baju hitam sebagai tanda sokongan membantah kemasukan bukan bumiputera dalam UiTM, beliau berkata, MPP hanya menjalankan kempen kesedaran supaya semua orang (pelajar dan alumni) menunjukkan satu signal solidariti dengan memakai pakaian hitam dan tiada sebarang perhimpunan diadakan.

"Saya akui kita memang rancang (kempen) dan perkara itu adalah satu bentuk solidariti, ia bukan perhimpunan yang kita kumpul rama-ramai dan membuat protes dengan memegang sepanduk dan sebagainya.

"Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) tahu mengenai pergerakan ini dan saya sudah maklumkan kepada mereka berkenaan kempen ini dengan niat kita adalah untuk memberikan kesedaran," katanya.

Ditanya adakah kempen memakai pakaian hitam itu berjaya, Amir berkata ia dilihat berjaya dan mendapat maklum balas positif apabila ramai dilihat memakai pakaian hitam ke UiTM hari ini.

Katanya, kempen itu juga mendapat perhatian di media sosial yang mana UiTM 'trending' di platform X, TikTok dan Instagram, semalam.

Sementara itu, menerusi tinjauan di sekitar Dataran Cendekia UiTM Shah Alam mendapati terdapat pelajar yang memakai pakaian serba hitam dipercayai sebagai tanda sokongan kepada kempen yang dilaksanakan MPP.

Semalam, Dr Zambry dalam kenyataan berkata isu berkenaan (pembukaan UiTM kepada pelajar bukan bumiputera) sengaja dimainkan pihak tertentu.

"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat dasar serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak, "katanya.

Zambry berkata, KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 (Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

[thumbnail of 13818.pdf] Text
13818.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (257kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 16 May 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record