Abstract
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) sentiasa bersedia untuk membantu komuniti menerusi kemahiran dan kepakaran warganya termasuk membuat rumah atau kek tenun bagi kegunaan penenun D’Lima Songket di Kampung Mang, dekat sini. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak Profesor Madya Ts. Dr Mohammad Isa Mohamadin berkata, universiti tersebut sememangnya berhasrat untuk melaksanakan sesuatu yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti. Katanya, projek rumah tenun berasaskan kayu itu juga dihasilkan oleh pelajar Sarjana Muda Sains Senibina semester ketiga yang juga merupakan sebahagian daripada tugasan kerja kursus mereka. “Sudah pasti kita berasa bangga dan gembira dengan kebolehan para pelajar ini kerana dapat menghasilkan alat atau mesin yang memberi manfaat kepada komuniti penenun D’Lima Songket. “Ini juga selaras dengan usaha UiTM yang mahukan apa sahaja dilaksanakan turut dapat dirasai oleh masyarakat di sekeliling,” katanya.
13736.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (745kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | tenun |
Subjects: | 700 Arts & recreation |
Campuses: | Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Divisions: | Faculties > College of Creative Arts |
Newspaper: | Suara Sarawak |
Page Range: | pp. 1-3 |
Date: | 20 February 2024 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |