Abstract
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Kota Samarahan menandatangani perjanjian kerjasama tidak rasmi dengan Shandong University of Engineering and Vocational Technology China bagi memupuk kolaboratif akademik dan pertukaran teknologi antara kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan susulan lawatan barisan pegawai-pegawai kanan univerisiti dari China itu diketuai Profesor Wu Mengjun ke UiTM Sarawak Kampus Samarahan hari ini.Pemangku Rektor UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Mohammad Isa Mohamadin dalam ucapannya berkata, pemeteraian perjanjian persefahaman itu merupakan satu lagi peristiwa penting untuk program antarabangsa UiTM Sarawak di bawah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa universiti itu.Menurut beliau lagi, lawatan dan pemeteraian perjanjian dengan Shandong University of Engineering and Vocational Technology membuka ruang dan peluang untuk kerjasama berhasil serta memperkukuhkan lagi ikatan antara Malaysia dan China.
13735.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (165kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | jalin kerjasama, Universiti Shandong |
Subjects: | 600 Technology 600 Technology > 620 Engineering & allied operations |
Campuses: | Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Divisions: | Faculties > Applied Sciences |
Newspaper: | The Borneo Post |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 3 April 2024 |
Depositing User: | Jamil Jawi (Samarahan) |