Abstract
Permohonan Fasa 2 UPUOnline® bagi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dibuka bermula hari ini hingga 9 Jun depan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataannya memaklumkan, kemasukan tersebut adalah di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan empat Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
“Permohonan ini hanya dibuka bagi program pengajian yang tidak bertemu duga atau ujian sahaja. Semua calon berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi
menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
“Sebanyak 504 program pengajian ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1,114 program pengajian ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara,” menurut kenyataan itu, hari ini.
Calon boleh membuat pembelian Nombor PIN UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 sebelum mengemukakan permohonan.
Permohonan Fasa 2 UPUOnline bermula hari ini.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (368kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 370 Education 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Selangor Selangor > Teluk Intan Campus |
Newspaper: | Kosmo |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 29 April 2024 |
Depositing User: | Suzana binti Ishak (Teluk Intan) |