Rumusan menjadikan Malaysia Kuasa Sukan menjelang 2025


Abstract

PADA 2022, hebat diperkatakan tentang Qatar sebuah negara yang mempunyai populasi sekitar 3 juta menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf dunia iaitu Piala Dunia FIFA.

Berbagai laporan yang dipaparkan tentang persediaan dan kejayaan negara tersebut dalam mengendali sukan bertaraf mega itu.

Pada awal tahun pula 2023 kerajaan Malaysia telah meluluskan bajet tambahan kepada industri sukan sebanyak RM110 juta kepada RM324 juta bagi tujuan program latihan dan kemudahan fasiliti sukan untuk semua atlet dan para-atlet.

Maklumat sebegini memaparkan kepentingan industri sukan iaitu satu industri komersial yang kini berkembang pesat di peringkat antarabangsa mau pun di Malaysia.

Sukan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan merupakan komponen penting dalam pembangunan sosio- ekonomi sesebuah negara.

Edit Item Record
Edit Item Record