Tercabarkan dunia akademik yang diwarnai teknologi kecerdasan buatan?


Abstract

LANDSKAP dunia pendidikan sentiasa berubah dan kini bergelora dan menjangkau sempadan yang belum diterokai dengan perkembangan pesat teknologi baharu berasaskan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (Al).

Akses kepada pelbagai pengetahuan kini menjadi lebih mudah dan pantas. Anjakan sempadan pengetahuan menjadi lebih jauh di mana kini ramai dapat mengakses komuniti pembelajaran global melalui penggunaan teknologi atas talian.

Pengetahuan kini seolah-olah menjadi lebih demokratik kerana sesiapa sahaja dapat memperolehi ilmu tersebut tanpa mengira sempadan.

Hari ini, Al sangat popular kerana manusia kini cenderung kepada penyelesaian yang cepat.

Apa yang menarik adalah keupayaan kepintaran buatan ini mensimulasi dan meniru kepintaran manusia yang diproses oleh mesin terutamanya sistem komputer dan menghasilkan keputusan yang bijak.

Edit Item Record
Edit Item Record