Sakit mental semakin meningkat di Malaysia : Cukupkah persediaan kita?


Abstract

KESIHATAN mental merupakan satu topik yang sering dibincangkan pada masa kini kerana statistik menunjukkan trend yang meningkat dan merupakan masalah kesihatan yang membimbangkan di Malaysi

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap tahun pada tarikh 10 Oktober di seluruh dunia bertujuan secara umumnya untuk mempromosikan advokasi kesihatan mental dan mendidik orang ramai agar lebih cakna terhadap kesihatan mental.

Kesihatan mental sangat penting kerana ia berkait rapat dengan keseluruhan aspek kehidupan seharian individu. la mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti hidup dan produktiviti seseorang.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental? Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial yang mempengaruhi cara berfikir dan mempengaruhi tindak tanduk individu dalam satu- satu masa dan keadaan.

[thumbnail of 13489.pdf] Text
13489.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (459kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record