Abstract
AIDILFITRI merupakan anugerah khas buat umat Islam setelah berkorban masa, tenaga dan harta melaksanakan pelbagai ibadah di bulan Ramadan. Justeru, perayaan Aidilfitri ini selain mempunyai nilai ibadah, turut menjadi manifestasi kegembiraan umat Islam setiap tahun, serta termasuk dalam salah satu syiar agama. Antara amalan yang dianjurkan semasa Aidilfitri adalah saling menziarahi dan menyambung ikatan silaturrahim. Di Malaysia, amalan berziarah ini tidak terhad pada 1 Syawal sahaja, bahkan turut berlangsung sehingga sebulan lamanya. Budaya ‘Rumah Terbuka’ yang dianjurkan sama ada oleh organisasi mahupun persendirian, menjadi antara platform penting dalam merealisasikan amalan
berziarah ini. Terdapat banyak hadis yang menyatakan perihal keutamaan amalan berziarah dan menghubungkan silaturrahim ini. Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim.” (Riwayat al-Bukhari).
13326.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (323kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 200 Religion |
Campuses: | Melaka > Alor Gajah Campus |
Divisions: | Administrative Office > Islamic Affairs Unit |
Newspaper: | Malaysia Gazzete |
Date: | 8 April 2024 |
Depositing User: | Rosila Nordin (Alor Gajah) |
Related URLs: |