Guna kekayaan tingkat martabat agama


Abstract

Kaum Muslimin perlu mempertingkatkan kecemerlangan hingga berjaya menjadi hartawan. Umat Islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, sekali gus mesti berusaha keras melahirkan lebih ramai hartawan Muslim dan bukan setakat cukup-cukup makan.
Ini bukan bertujuan mendabik dada dan menyombong diri sehingga lupa daratan tetapi banyak keperluan hidup di dunia dan bekalan di akhirat memerlukan Muslim menjadi berharta termasuk dapat meninggikan martabat agama serta menghindarkan fitnah.

Bagaimanapun, hartawan Muslim tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahan dan kekayaan kerana boleh menimbulkan fitnah serta melukakan perasaan orang lain. Golongan ini disaran memperbetulkan niat menjadi kaya raya dan hidup mewah supaya menggunakannya untuk meninggikan martabat agama serta menolong saudara seagama.

Pada harta terdapat dua persoalan besar yang akan ditanya, iaitu daripada mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan. Oleh itu, berusahalah memperoleh harta melalui cara dibenarkan dan tidak memilih jalan pintas seperti menipu, mengambil rasuah atau menindas

[thumbnail of Guna Kekayaan Tingkatkan Martabat Agama.jpeg] Image
Guna Kekayaan Tingkatkan Martabat Agama.jpeg - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (142kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Johor > Pasir Gudang Campus
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Berita Harian
Page Range: p. 61
Date: 30 January 2019
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record