Mana 'idea' raih pendapatan?


Abstract

Pada sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang berlangsung di Ipoh hujung minggu lalu, media sosial adalah topik utama kebanyakan acara yang diadakan, sama ada selaku penyangak yang 'mencuri' sumber pendapatan media tradisional atapun penyelamat dengan kaedah terbaik untuk kelangsungan dan pertumbuhan organisasi itu.

Hawana tahun ini bertemakan Media Bebas, Tunjang Demokrasi, mengupas berkenaan perlunya sektor media yang bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak. Namun, bidang kewartawanan kini diancam media sosial, berdepan bukan sahaja kehilangan pembiayaan tetapi juga kedudukan selaku penyaring fakta dan keupayaan melaporkan kebenaran.

Sejak beberapa dekad yang lalu, media tradisional mengalami kemerosotan susulan kemunculan media sosial yang mengambil alih kedudukan sebagai platform utama pengiklanan menerusi keupayaannya menyediakan pengiklanan mengikut kesesuaian pengguna. Medium itu juga menjadi pemacu utama maklumat dan berita, dengan isu yang dilaporkan lebih awal oleh media sosial meraih tumpuan dan respons orang awam.

Kehilangan pendapatan daripada pengiklanan bermakna banyak organisasi media terpaksa mengurangkan kos termasuk memberhentikan wartawan, selain membataskan dana bagi kewartawanan penyiasatan. Banyak organisasi media gulung tikar.

[thumbnail of PB0054242289_20240531.pdf] Text
PB0054242289_20240531.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (503kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 000 Computer science, information & general works > 070 News media, journalism & publishing
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: 1 June 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record