Abstract
PENGANGKUTAN antara empat sektor berpotensi menawarkan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 atau gaji premium kepada graduan baharu seperti dijelaskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tiga sektor lain ialah industri halal, kewangan dan perbankan serta audit standard.
Namun, sektor pengangkutan mungkin paling kurang diterokai, bahkan ada yang tidak mengetahui wujud kursus pengajian di peringkat tinggi berkaitan bidang itu.
Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai aktiviti menggerakkan penumpang dan barangan dari titik permulaan ke destinasi. Dari segi ekonomi, sektor itu menjadi teras ekonomi berfungsi membebaskan ikatan geografi sesuatu faktor pengeluaran termasuk barangan, tenaga kerja dan sumber pengeluaran ekonomi lain untuk menambah nilai dalam memenuhi permintaan keperluan dan kehendak pengguna.
12916.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (255kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences |
Campuses: | Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 16 November 2023 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |